Kebanyakan kita sedar tentang berat badan kita, dan jika memilih untuk diet saya pasti ramai dari kita akan memahami pengurangan berat badan maka lemak badan juga berkurangan.

Apabila semakin kurus bukan setakat pakaian idaman makin muat, malah itu lemak berlebihan yang dikaitkan dengan beberapa isu perubatan, termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes jenis 2, penyakit jantung, strok, kanser, sakit belakang, arthritis dan masalah ortopedik juga boleh selesai.

Malangnya, kebanyakan program diet sama ada tidak selamat atau akan meletakkan anda pada kitaran YOYO yang tidak pernah berakhir.

Banyak syarikat mendakwa program mereka akan menghalang diet YO-YO dengan sedikit malah tiada bukti klinikal. Pada saya, syarikat macam ini sangat tidak bertanggungjawab yang memangsa pengguna dengan produk penurunan berat badan yang tidak terbukti dan kadangkala tidak selamat. Mereka membuat dakwaan yang tidak masuk akal seperti “turun 20 kilo dalam 20 hari tanpa mengubah cara anda makan atau duduk di sofa juga boleh kurus”

Apakah YO-YO itu?

Kebiasaannya pada permulaan diet, skala penimbang berat nampaknya menuju ke arah yang betul iaitu berat badan semakin turun. Apa yang kita tidak sedar ialah kita bukan sahaja kehilangan lemak badan, tetapi juga kehilangan otot.

Sebetulnya, kehilangan otot akan melambatkan metabolisme kita. Metabolisme rendah menyebabkan punca kalori susah di bakar. Jika kalori tidak banyak di bakar  makanya, lebih sukar untuk terus menurunkan berat badan. Inilah sebabnya mengapa kebanyakan berat badan orang yang berdiet meningkat semula dalam masa satu tahun.

Kajian penurunan berat badan menunjukkan bahawa kebanyakan program diet membawa kepada kehilangan otot kira-kira 25% daripada jumlah penurunan berat badan. Kehilangan otot membawa kepada kadar metabolisme rehat yang lebih rendah yang mengakibatkan penambahan lemak. Itulah kesan YO-YO yang digeruni yang ingin kita semua elakkan.

Jadi, saya akan senaraikan beberapa Tips Kurus Dengan Cepat tetapi selamat dan kekal langsing untuk jangka waktu lama.

Tips Kurus Dengan Cepat Dan Selamat

1. Gabungkan pelbagai jenis makanan

Makan pelbagai jenis makanan untuk memastikan anda mendapat semua nutrien harian anda.

2. Baca label pemakanan

Semasa keluar membeli-belah, pastikan baca dahulu label pemakanan di produk dan elakkan lemak trans, lemak tepu dan natrium. Cuba makan lemak sihat dan bukannya memilih diet rendah lemak yang ketat, yang biasanya lebih tinggi dalam karbohidrat.

3. Hadkan jumlah gula dalam diet anda.

Makanan tinggi gula selalunya tinggi kalori dan rendah nutrien. Pengambilan kadar gula yang tinggi  juga boleh menyebabkan keradangan dalam badan.

4. Lebihkan minum air putih 

Hadkan kalori cecair dengan mengelakkan soda dan alkohol. Pilih buah-buahan keseluruhan dan bukannya jus.

5. Perhatikan kadar makanan.

Gunakan label pemakanan untuk menentukan saiz hidangan yang betul.

6. Bersenam secara teratur.

Pilih aktiviti yang di gemari. Sasarkan selama 30 hingga 60 minit, 4 hingga 6 kali seminggu.

7. Perbanyakkan aktif secara fizikal dalam kehidupan seharian.

Parkir kereta, motorsikal atau basikal lebih jauh dari pintu masuk dan cabar diri sendiri menaiki tangga tanpa menggunakan lif. Dapatkan pedometer, jam atau ‘counter’ kiraan langkah dan berusaha ke arah matlamat 10,000 langkah setiap hari.

Demi proses menurunkan berat badan, kebanyakan orang perlu mengurangkan jumlah kalori yang mereka peroleh daripada makanan dan minuman (tenaga MASUK) dan meningkatkan aktiviti fizikal mereka (tenaga KELUAR). Pelan pemakanan yang sihat memberikan badan anda nutrien yang diperlukan setiap hari sambil kekal dalam matlamat kalori harian anda untuk penurunan berat badan.

Jika ingin menurunkan berat badan tetapi mempunyai keadaan tertentu, seperti masalah jantung atau diabetes, minta atau dapatkan bantuan nasihat daripada pakar dan doktor untuk membantu membuat pelan penurunan berat badan yang selamat dan berkesan.